Pulau Pangkor, Perak, Malaysia || Travel Vlog – Part 1

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau yang terkenal di negeri Perak. Ianya terletak tidak jauh dari pantai barat Semenanjung Malaysia. Ia terkenal dengan pantai yang cantik seperti Teluk Nipah, Pasir Bogak, Coral Bay dan Pasir Giam, yang menghubungkan ke Pulau Giam yang dikelilingi karang ketika air surut. Terdapat juga tempat bersejarah disekitar pulau ini. Contohnya Kubu Belanda yang telah dibina pada tahun 1670 menunjukkan kepentingan kolonial strategik pulau itu. Berdekatannya, Batu Bersurat yang tertulis simbol Syarikat Hindia Timur Belanda dan juga ukiran gambar seekor harimau yang sedang membawa pergi anaknya.

Percutian kali ini melibatkan seluruh keluarga saya. Kami 3 keluarga menginap di Pangkor Beach Resort & Spa selama 3 hari 2 malam. Kebetulan ketika kami pergi, angin monsun sedang melanda pulau sehingga menyebabkan ombak kuat dan bot tidak dapat beroperasi.

Kamera digunakan
DJI Osmo Action 1
Iphone 12 pro

Aplikasi mengedit
Capcut